Pop-up WhatsApp Takaful
WhatsApp
Skip to main content
Hukum Menikah Dengan Perempuan Yang Tidak Berkhatan
June 1, 2025 at 5:30 PM
img_0455.jpeg

Soalan:

Apa hukum kahwin dgn pp yang tak bersunat?

Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada kita semua sehingga pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada saudara yang sudi menjadi pelanggan pertama yang menggunakan laman web ini untuk mengutarakan soalan. Di sini saya cuba sedaya upaya untuk menjawab persoalan saudara dengan secara lengkap dan mudah untuk difahami.

Khitan (الختان) merupakan satu amalan yang diwarisi sejak zaman Nabi Ibrahim AS dan diteruskan oleh Rasulullah SAW sebagai sebahagian daripada syiar Islam. Perbahasan berkenaan khitan meliputi dua aspek utama, iaitu hukum khitan itu sendiri dan kesannya terhadap sah atau tidaknya pernikahan jika salah satu pihak belum berkhatan.

Khitan (الختان) merupakan satu amalan yang diwarisi sejak zaman Nabi Ibrahim AS dan diteruskan oleh Rasulullah SAW sebagai sebahagian daripada syiar Islam. Perbahasan berkenaan khitan meliputi dua aspek utama, iaitu hukum khitan itu sendiri dan kesannya terhadap sah atau tidaknya pernikahan jika salah satu pihak belum berkhatan.

Hukum Khitan: Perselisihan Mazhab

Lelaki

  • Mazhab Syafi‘i dan Hanbali: Menghukumkan wajib, berdasarkan hadis Nabi SAW iaitu:

خَمْسٌ مِنَ الفِطْرَةِ: الِاخْتِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَقَصُّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبْطِ

Maksudnya: “Fitrah itu lima: berkhatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
[Riwayat al-Bukhari (5889), Muslim (257)]

  • Mazhab Hanafi dan Maliki: Menganggapnya sunnah muakkadah, bukan syarat sah ibadah atau akad nikah.

Perempuan

  • Mazhab Syafi‘i menyatakan wajib, namun dengan takrifan pelaksanaan yang sangat minima (hanya pemotongan sedikit pada bahagian yang menonjol).

  • Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali: Hanya dianggap sunat atau makrumah (perkara yang mulia dan terpuji), bukan wajib.

Hukum Perkahwinan Dengan Orang Yang Belum Berkhatan

Balik kepada persoalan ayang ditanya, secara sepakatnya, keempat-empat mazhab tidak mensyaratkan khitan sebagai syarat sah perkahwinan. Maka, akad nikah antara lelaki dan perempuan walaupun salah seorang belum berkhatan adalah sah di sisi syarak, dengan syarat rukun dan syarat nikah yang lain dipenuhi.

Ibn Qudamah menyebut dalam al-Mughni iaitu:

وَإِنْ لَمْ يُخْتَتَنِ الرَّجُلُ، لَمْ يَمْنَعْ ذَلِكَ صِحَّةَ النِّكَاحِ.

“Sekiranya seseorang lelaki tidak berkhatan, ia tidak menjejaskan sahnya akad nikahnya.”¹

Imam Nawawi menegaskan dalam al-Majmu‘ bahawa walaupun khitan itu wajib menurut mazhab Syafi‘i, namun ia bukan syarat sah ibadah atau akad, tetapi lebih kepada kesempurnaan dan kebersihan.²

Kesan Khitan Dalam Kehidupan Rumah Tangga

Walaupun sah, tidak berkhatan boleh membawa beberapa implikasi tertentu:

  • Dari aspek taharah: Kulup zakar yang tidak dipotong boleh menyebabkan najis terperangkap, lalu menyukarkan penyucian untuk solat. Ini boleh memberi kesan kepada sahnya ibadah jika tidak diuruskan dengan betul.
  • Dari aspek kesihatan dan psikologi: Kajian moden menunjukkan bahawa khitan membantu mengurangkan risiko jangkitan tertentu serta meningkatkan kebersihan diri, sekali gus memberi kesan positif kepada hubungan suami isteri.

Kesimpulan

Perkahwinan antara individu yang belum berkhatan adalah sah dari sudut hukum fiqh dan tidak ada dalil yang menyatakan sebaliknya. Namun, khitan tetap digalakkan dan dalam sebahagian mazhab, diwajibkan demi menjaga kesucian, kesihatan dan kesempurnaan ibadah.

Senarai Nota Kaki:

1. Ibn Qudamah, al-Mughni, Jil. 9, h. 59.

2. Al-Nawawi, al-Majmu‘, Jil. 1, h. 148.