Tujuan utama saya menghimpunkan kesemua tulisan-tulisan lama Sahibus Samahah Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) sewaktu beliau menulis artikel di akhbar Utusan Malaysia pada segmen Minda Dr. MAZA atau Pena Mufti adalah untuk memelihara dan memudahkan diri saya dan masyarakat akses kepada khazanah ilmu yang telah beliau sumbangkan sejak sekian lama. Tulisan-tulisan ini bukan sahaja mencerminkan keilmuan dan kefahaman beliau yang mendalam terhadap Islam, tetapi juga menjadi saksi kepada perkembangan wacana pemikiran Islam kontemporari di Malaysia.