Skip to main content
Pelan Takaful Hibah PruBSN | Perincian dan Harga 2025
pelan hibah.png

Pelan Hibah Takaful adalah pelan yang wajib dimiliki oleh setiap individu yang berusia 16 tahun ke atas. Menjadi keutamaan kepada mereka yang sudah berkeluarga.

Apakah Faedah Asas Pelan Takaful Hibah PruBSN?

  1. Hibah Jika Meninggal Dunia (Khairat Kematian)
  2. Hibah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal
  3. Faedah Penepian Caruman (Waiver)
  4. Faedah Tempoh Matang

Hibah Jika Meninggal Dunia (Khairat Kematian)

  1. Sekiranya berlaku kepada anda. Jumlah hibah akan diberikan kepada waris atau penama.
  2. Pilihan jumlah hibah bermula dari RM350,000.
  • Untuk Pelan Takaful Hibah RM350,000 ke RM4,000,000 :

Keadaan Meninggal Dunia dan Jumlah Hibah Yang Akan Diterima

  1. Akibat Biasa (Sakit): 100%
  2. Akibat Kemalangan (Biasa): 100%
  3. Akibat Kemalangan Dalam Pengangkutan Awam: 200%
  4. Akibat Kemalangan Di Luar Negara: 300%
  5. Akibat Bencana Alam: 500%

Rujukan: PruBSN WarisanGold Product Brochure

Hibah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal

  • Sekiranya berlaku kepada anda. Jumlah hibah akan diberikan kepada anda adalah sebanyak 100% jumlah pampasan hibah.
  • Jumlah hibah adalah bersamaan dengan jumlah hibah jika meninggal dunia.
  • Faedah ini adalah percuma. Tidak perlu caruman tambahan.

Faedah Penepian Caruman (Waiver)

Sekiranya berlaku Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya, caruman polisi tidak lagi perlu dibayar oleh anda. PruBSN akan membantu anda dengan meneruskan pembayaran caruman untuk memastikan anda terus menikmati faedah lain.

Faedah Tempoh Matang

  • Tempoh matang adalah tempoh maksima sijil takaful berkuatkuasa.
  • Pilihan tempoh matang adalah pada umur 70 atau 80.
  • Apabila selesai umur matang sijil dan tidak berlaku apa-apa musibah, anda layak untuk mendapat sejumlah pulangan tunai.

Berapa Harga Caruman Pelan Takaful Hibah PruBSN?

  • Caruman akan ditentukan mengikut keadaan semasa berpandukan beberapa faktor :
    1. Umur
    2. Jantina
    3. Jenis Pekerjaan
    4. Jumlah Hibah
    5. Pilihan Faedah Tambahan

  • Caruman Bulanan atau Tahunan adalah tetap. Tidak akan berlaku RePricing dimasa hadapan.