Pop-up WhatsApp Takaful
WhatsApp
Skip to main content
MLTT PruBSN | Takaful Pinjaman Untuk Rumah
blue gradient travel (presentation (169)).png

MLTT (Mortgage Reduction Term Takaful) adalah Takaful Perlindungan Pinjaman Perumahan yang wajib untuk anda miliki ketika membeli rumah baru. Ia melindungi masa depan anda dan keluarga dari musibah yang mungkin tidak dijangka.

Faedah Asas Pelan MLTT PruBSN

  1. Faedah Jika Meninggal Dunia (Khairat Kematian)
  2. Faedah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal
  3. Faedah Penepian Caruman (Contributer Protect) atau orang selalu kenal dengan nama waiver
  4. Faedah Tempoh Perlindungan

Faedah Jika Meninggal Dunia (Khairat Kematian)

  • Untuk Pelan MLTT RM350,000 ke Tiada had (bergantung kepada pengunderaitan):

Keadaan Meninggal Dunia dan Jumlah Pampasan Yang Akan Diterima

100% daripada BSC apabila kematian akibat kemalangan

200% daripada BSC apabila kematian akibat kemalangan yang berlaku di dalam pengangkutan awam

300% dripada BSC apabila kematian akibat kematian di luar negara

500% daripada BSC apabila kematian akibat kematian bencana alam

Faedah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal

  • Jumlah pampasan adalah bersamaan dengan jumlah pampasan asas jika meninggal dunia.
  • Faedah ini adalah percuma. Tidak perlu caruman tambahan.

Faedah Penepian Caruman (Contributer Protect)

Sekiranya berlaku Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya, caruman polisi tidak lagi perlu dibayar oleh anda. PruBSN akan membantu anda dengan meneruskan pembayaran caruman untuk memastikan anda terus menikmati faedah lain.

Faedah Tempoh Perlindungan

  • Pilihan tempoh perlindungan adalah 20, 70, 80, 90 dan 100

Proses Tuntutan MLTT PruBSN (Situasi dan Aliran)

Jika Meninggal Dunia

  1. Setelah pampasan diluluskan, segala baki hutang pinjaman akan dibayar pada pihak bank.
  2. Jika ada baki pampasan, ianya akan diserahkan kepada waris atau penama yang telah ditetapkan.

Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal

  1. Setelah pampasan diluluskan, semua pampasan akan diberikan kepada pemilik polisi.
  2. Pemilik polisi akan melangsaikan segala baki hutang pinjaman di bank.
  3. Jika ada baki pampasan. Ianya adalah hak milik mutlak pemegang polisi.

Jika Berlaku Penyakit Kritikal

  1. Buat pengesahan penyakit kritikal di PruBSN. Klik di sini kemudian cari Tuntutan Penyakit Kritikal untuk langkah-langkah pengesahan.
  2. Baki hutang pinjaman perlulah dijelaskan seperti biasa.
  3. Caruman MLTT untuk Bulan/Tahun berikutnya tidak perlu diteruskan kerana PruBSN yang akan membayar caruman tersebut.