Pop-up WhatsApp Takaful
WhatsApp
Skip to main content
Takaful Pekerja SME PruBSN | Medical Card
img_0605.jpeg

Dikenali sebagai Group Term Takaful (GTT) dan Group Hospitalisation & Surgical (GHS), direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana, terutamanya untuk 5 hingga 200 orang pekerja.

Apakah elemen-elemen yang penting dalam Pelan Takaful Pekerja?

1. Medical Card untuk Hospital Panel

2. Medical Card untuk Klinik Panel

3. Takaful Hibah Pekerja

Kami akan menerangkan kenapa anda perlu menyediakan pelan Takaful Pekerja dan apakah faedah perlindungan yang disediakan oleh PruBSN dalam pelan ini agar syarikat anda boleh memiliki pelan takaful yang sangat bermanfaat untuk setiap staf dan pekerja.

Perincian Faedah Pelan Takaful Pekerja

Medical Card Untuk Hospital Panel dan Klinik Panel

1. Faedah ini akan memberikan perlindungan kepada pekerja dalam menguruskan perbelanjaan kos rawatan di Hospital Panel PruBSN dan Klinik Panel PruBSN

2. Sebagai pilihan, faedah ini juga turut memberi perlindungan kepada ahli keluarga pekerja seperti pasangan dan juga pada anak-anak.

3. Pilihan Had Bilik Harian di Hospital Panel: RM150 sehingga RM400

4. Pilihan Had Tahunan Medical Card: RM150,000 sehingga RM400,000

Takaful Hibah Pekerja

1. Faedah ini memberi perlindungan berkenaan Pampasan Kematian (Hibah Keluarga), Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (Lumpuh), Hilang Upaya Kekal Sebahagian, Penyakit Kritikal, Penyakit Terminal dan perbelanjaan penghantaran pulang jenazah sekiranya kematian di luar negara.

2. Perlindungan Kematian, Pilihan Pampasan : RM20,000 Sehingga RM200,000 atau 6 hingga 48 kali ganda Gaji Bulanan.

3. Perlindungan Penyakit Kritikal, pampasan akan diambil dari jumlah Pampasan Kematian mengikut peratus yang dipersetujui (Pilihan 25% Sehingga 100%). Sebagai contoh, jika pihak syarikat mengambil polisi Pampasan Kematian RM100,000. Peratus Pampasan Penyakit Kritikal 25%. Jika berlaku Penyakit Kritikal, pekerja layak menerima RM25,000. Kemudian, jika berlaku kematian kepadanya, baki RM75,000 akan dapat kepada waris.

Bagaimana menentukan Kadar Perlindungan dan Kadar Caruman yang sesuai untuk Pelan Takaful Pekerja?

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan :

  1. Lengkapkan dan Hantar Borang Memohon Sebutharga (di bahagian bawah).
  2. Kami akan hubungi anda (pihak syarikat) dan Whatsapp atau Email template Borang Takaful Pekerja.
  3. Isi Borang Takaful Pekerja secara lengkap (rujuk langkah seterusnya).
  4. Tentukan Jumlah Pekerja Berdaftar dalam syarikat.
  5. Bahagikan mengikut Kategori Jawatan (rank). Director / Manager / Executive / Non-Executive / lain-lain.
  6. Senaraikan Ahli Keluarga (pasangan atau / dan anak-anak) yang ingin dilindungi bersama di dalam pelan takaful pekerja.
  7. Tentukan Jumlah Kadar Perlindungan dan Pampasan (medical card hospital/klinik/hibah) mengikut kesesuaian Kategori Jawatan.
  8. Hantarkan kembali Borang Takaful Pekerja yang telah lengkap (Whatsapp atau Email).
  9. Kami akan menyediakan Proposal (Quotation) Pelan Takaful Pekerja mengikut maklumat kesesuaian yang syarikat anda perlukan.

Perlu diingatkan juga bahawa, Pelan Takaful Syarikat adalah satu pelan perlindungan untuk tempoh 1 Tahun. Tahun seterusnya perlulah melakukan pembaharuan (renew) polisi. Jadi, pastikan pelan ini benar-benar bermanfaat, mengikut keperluan dan kemampuan syarikat untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 Tahun.

Produk PruBSN yang berkaitan dengan Pelan ini :

  • PruBSN SME@Work
  • PruBSN Group@Work