Pop-up WhatsApp Takaful
WhatsApp
Skip to main content
Takaful Perlindungan Penyakit Kritikal PruBSN
img_0567.png

Takaful Perlindungan Penyakit Kritikal ialah pelan takaful yang memberikan bayaran pampasan sekaligus sekiranya peserta disahkan menghidap 43 jenis penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Tujuannya adalah untuk membantu menampung kos rawatan, kehilangan pendapatan dan keperluan kewangan lain semasa tempoh pemulihan. Ia berfungsi sebagai perlindungan tambahan kepada pelan takaful yang lain. Pendaftaran takaful ini layak kepada individu yang berumur daripada umur 1 sehingga 70 tahun.

Kenapa Perlindungan Penyakit Kritikal Penting?

  1. Kos rawatan yang tinggi
    Rawatan untuk penyakit kritikal seperti kanser atau serangan jantung boleh mencecah puluhan bahkan sehingga ratusan ribu ringgit. Besar kemungkinan ada yang tidak semua ditanggung oleh insurans perubatan biasa.
  2. Hilang pendapatan
    Ramai pesakit tidak dapat bekerja dalam tempoh rawatan, pemulihan atau mungkin ketika menghidap penyakit kritikal, ini secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan isi rumah.
  3. Sokongan kewangan segera
    Pampasan lump sum (sekali bayar) daripada takaful boleh digunakan untuk keperluan mustahak seperti ubat, pemulihan, penjagaan khas atau perbelanjaan harian.
  4. Kurangkan beban keluarga
    Dengan perlindungan kewangan, keluarga tidak perlu bergolok-gadai atau berhutang untuk menanggung kos rawatan.
  5. Ketenangan fikiran
    Memberi rasa aman jika musibah berlaku. Anda dan keluarga boleh fokus kepada penyembuhan, bukan kewangan.

Apakah Yang Ditawarkan Di Dalam Pelan Takaful Perlindungan Penyakit Kritikal PruBSN?

1. Manfaat Pampasan Sekali Gus (Lump Sum Benefit)

  • Peserta akan menerima sejumlah wang sekali bayar apabila didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi.
  • Jumlah ini boleh digunakan untuk apa sahaja. Tidak terhad kepada rawatan sahaja.

2. Lindungi Sehingga 166 Jenis Penyakit

Bergantung kepada pelan dan rider yang diambil:

  • Ada pelan asas yang lindungi 43 penyakit kritikal seperti: Kanser, serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, penyakit hati, dan lain-lain.

  • Pelan yang lebih lengkap seperti Crisis TotalCare melindungi:
    • Peringkat awal, pertengahan dan akhir penyakit kritikal.
    • Komplikasi diabetes, penyakit sendi, dan penyakit mental.
    • Rawatan tradisional dan komplementari.

3. Rider Tambahan yang Boleh Dipilih

PruBSN menawarkan rider untuk disesuaikan mengikut keperluan anda:

  • Crisis Shield / Crisis Protector – perlindungan asas 43 penyakit kritikal.
  • Crisis TotalCare – perlindungan komprehensif dari tahap awal.
  • Early CI Rider – untuk pampasan peringkat awal diagnosis.
  • Crisis Waiver – pengecualian bayaran jika didiagnosis penyakit kritikal.

4. Perlindungan Jangka Panjang

  • Perlindungan boleh diteruskan sehingga umur 100 tahun, bergantung kepada pelan yang dipilih.
  • Sesuai untuk perlindungan jangka masa panjang, terutama apabila risiko penyakit meningkat di usia tua.

5. Fleksibiliti dan Akses Mampu Milik

  • Boleh disertakan dalam pelan takaful asas seperti PruBSN Warisan, PruBSN Sinar, atau PruBSN Anggun (wanita).
  • Terdapat juga pelan mampu milik seperti PruBSN Cegah melalui platform KWSP i-Lindung dengan caruman serendah RM8.40/tahun.

6. Manfaat Tambahan

Bergantung pada pelan, peserta juga mungkin layak mendapat:

  • Elaun pemulihan
  • Khairat kematian untuk pasangan/anak
  • Pampasan untuk rawatan angioplasti (biasanya 10% dari jumlah dilindungi)
  • Elaun penjaga atau kos penjagaan rumah

Cara Mengira Jumlah Pampasan Yang Diperlukan?

Cara mengira berapa pampasan yang diperlukan adalah dengan mengira 3 sehingga 10 tahun gaji tahunan anda.

Contoh pengiraan: Gaji Bulanan anda RM5,000 X 12 Bulan (untuk dapatkan gaji tahunan) X 5 Tahun = RM300,000. Maka, pampasan yang diperlukan oleh anda adalah RM300,000.

Dengan anggapan, andai kata anda menghidap penyakit kritikal sekurang-kurangnya anda mempunyai duit gantian selama 5 tahun. Penggunaan formula ini tidak hanya tertakluk untuk syarikat PruBSN sahaja.

Cara Tuntut (Claim) Takaful Penyakit Kritikal PruBSN

Pastikan semua dokumen yang berkaitan seperti berikut dilengkapkan:

Dokumen berikut diperlukan untuk memfailkan Tuntutan Penyakit Kritikal (cth. serangan jantung, kanser, kegagalan buah pinggang)

    1. Borang Tuntutan
    2. Sijil Perubatan Sulit (untuk penyakit tertentu)
    3. Semua Laporan Perubatan yang berkaitan (sila rujuk senarai)
    4. Tuntutan Pesakit Dalam / Pembedahan Harian