Pop-up WhatsApp Takaful
WhatsApp
Skip to main content

Cara Pilih Medical Card Yang Sesuai

Apakah SmartSaver 300?

Bayaran Tetap sebanyak RM 300 yang perlu ditanggung oleh Pelanggan Medical Card sebelum menerima rawatan atau sebelum dimasukkan ke Wad Hospital akibat satu penyakit/musibah sebelum ditanggung baki bil sepenuhnya oleh PruBSN.

Apakah SmartSaver RM1000?

Bayaran Tetap sebanyak RM 1000 yang perlu ditanggung oleh Pelanggan Medical Card sebelum menerima rawatan atau sebelum dimasukkan ke Wad Hospital akibat satu penyakit/musibah sebelum ditanggung baki bil sepenuhnya oleh pihak PruBSN.

High Deductible

Jika anda sudah memiliki perlindungan perubatan sedia ada, sama ada pelan perubatan persendirian yang sudah lama atau manfaat pekerja, dan anda menginginkan perlindungan perubatan tambahan, anda boleh mempertimbangkan pilihan bayaran bersama "High Deductible". Apabila anda memilih "High Deductible" 10,000 atau 50,000, anda perlu membayar terlebih dahulu amaun yang bersamaan dengan deduktibel yang dipilih daripada jumlah terkumpul bagi manfaat yang layak pada tahun tersebut, sebelum PruBSN menanggung baki perbelanjaan. Perlu diingat bahawa jumlah terkumpul bagi manfaat yang layak pada tahun tersebut tidak boleh dibawa ke tahun seterusnya.

Sekiranya anda sudah mempunyai pelan perubatan dengan had tahunan bersamaan dengan (atau lebih tinggi daripada) jumlah deduktibel, perbelanjaan yang layak yang melebihi nilai "High Deductible" yang dipilih akan dilindungi oleh Medic TotalCare. "High Deductible" ini terpakai untuk Manfaat Penjagaan Pesakit Dalam, Manfaat Penjagaan Pesakit Luar, Manfaat Penjagaan Penyakit Utama, Manfaat Penjagaan Kecemasan dan Manfaat Penjagaan Tambahan, kecuali bagi Pendapatan Perubatan Kedua, Bantuan Kecemasan Perubatan Seluruh Dunia, Bayaran Balik untuk Vaksinasi dan Ganjaran Kesihatan Tanpa Tuntutan.

Perlindungan Penuh

PruBSN akan membayar jumlah Caj-caj Lazim dan Munasabah daripada manfaat yang layak untuk sebarang hilang upaya.

Logik Had Penggunaan Medical Card

Rekod menunjukkan 95% Jumlah Tuntutan untuk Rawatan di Hospital kurang dari RM150,000 setahun. Jadi, tidak salah untuk anda mengambil Pelan Medical Card Bilik 150 dengan Had Tahunan RM150,000.

Perlu diingatkan juga, Pelan Medical Card bukan hanya untuk mendapatkan rawatan yang mewah dan selesa. Tetapi ianya lebih kepada berapa cepat untuk anda mendapatkan dan menyelesaikan rawatan sekiranya anda dimasukkan ke Hospital. Yang penting, ianya wajib ada dan berkadar dengan keperluan dan kemampuan bukan mengikut kemahuan dan kehendak. Bak kata peribahasa, ukur baju di badan sendiri.

Kepentingan Pelan Takaful Selain Medical Card

Selain Medical Card, Pelan Takaful yang penting adalah Pelan Takaful Hibah dan Pelan Takaful Perlindungan Penyakit Kritikal.

Susun kewangan anda sebaik mungkin dengan harapan anda memiliki ketiga-tiga Pelan Takaful Asas ini.